Seminar ini telah mendedahkan semua pengurusan syarikat tentang tanggungjawab setiap pengurus dan cara menguruskan fail. Fasilitator program, En. Ariffin berjaya menerangkan kepada peserta seminar tentang pentingnya pengurusan dalam sesebuah syarikat.
Selain itu, beliau turut menjelaskan kepada peserta seminar bagaimana untuk memasarkan perniagaan dengan lebih efektif. Perkara ini dilihat banyak membantu peserta seminar terutamanya pengurus pemasaran untuk mengiklankan sebarang perkhidmatan yang dijalankan syarikat.
Seminar ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Kami berharap agar seminar-seminar seperti ini diadakan dengan lebih kerap kerap selepas ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang menjadi penganjur seminar ini.


No comments:
Post a Comment