Wednesday, 27 March 2013

piagam pelanggan


Bahawa kami seluruh ahli dan pihak pengurusan Syarikat D’ONE STOP CENTRE SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI berjanji bahawa :

1. Menjalankan tanggungjawab sosial dan berbisnes mengikut panduan Al-Quran dan As-sunnah  sebagai  salah satu agenda syarikat.

2. Kami berpegang kepada prinsip 'pelanggan adalah raja'. Oleh yang demikian, kami akan sedaya upaya memastikan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, barang serta produk yang kami sediakan.


3. Mengamalkan sikap mesra, amanah serta beretika tinggi semasa berurusan dengan para pelanggan.


4. Semua pelanggan akan dilayan dan perkhidmatan yang sama rata.


5. Mengurangkan waktu menunggu terutamanya untuk mendapatkan sesuatu barangan serta perkhidmatan.


6. Bersedia menerima teguran, cadangan serta kritikan dari pelbagai pihak demi kebaikan bersama.


7. Tidak mengabaikan aspek kualiti dalam setiap perkhidmatan dan produk.


8. Menawarkan harga yang kompetitif dan tidak membebankan pelanggan.

9. Harga yang ditawarkan adalah fleksibel bergantung kepada harga pasaran semasa dan global.


10. Kami akan sentiasa memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan yang kami hargai.

Monday, 25 March 2013

Sejarah Syarikat

Logo 

D' One Stop Centre yang diilhamkan oleh Guru Pengelola, Puan Rozila binti Sulong pada awal penubuhan syarikat ini. Syarikat D'One Stop Centre merupakan syarikat yang bernaung di bawah Persatuan Usahawan Muda Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Syarikat ini telah didaftarkan di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT). Seramai 23 orang pelajar mendaftar sebagai ahli sekaligus memegang saham syarikat. 5 orang Ahli Lembaga Pengarah telah dilantik bagi menguruskan hal-hal berkaitan pemasaran, kewangan, pentadbiran dan pemasaran. Syarikat ini diketuai pengarah urusan, Muhammad Taqiyyudin bin Mazlan merangkap Pengerusi Persatuan Usahawan Musa 2013. Semoga syarikat D'One Stop Centre terus maju dan menempa nama di persada kebangsaan setanding dengan PUM lain seluruh Malaysia.