Friday, 10 May 2013

LAWATAN PUM KE SME BANK

Persatuan Usahawan Muda ( PUM ) SM Imtiaz K.Trg telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kilang SME Bank di Chendering pada 7 Mei.
Lawatan ini disertai seramai 24 ahli persatuan dan 2 orang guru pengiring.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang cara menguruskan perniagaan. Lawatan ini antara lain bertujuan memupuk semangat suka berniaga dalam kalangan ahlipersatuan.
Menurut pengurus SME Bank, Tuan Azali, ramai pelajar lepasan Universiti memilih untuk menjadi usahawan selepas tamat sesi pengajian.
Dalam lawatan tersebut ahli persatuan sempat melawat Syarikat ZIQ, Bakery, Zaman Ice dan Tinta Dynamik.

No comments:

Post a Comment