Monday, 25 March 2013

Sejarah Syarikat

Logo 

D' One Stop Centre yang diilhamkan oleh Guru Pengelola, Puan Rozila binti Sulong pada awal penubuhan syarikat ini. Syarikat D'One Stop Centre merupakan syarikat yang bernaung di bawah Persatuan Usahawan Muda Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Syarikat ini telah didaftarkan di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT). Seramai 23 orang pelajar mendaftar sebagai ahli sekaligus memegang saham syarikat. 5 orang Ahli Lembaga Pengarah telah dilantik bagi menguruskan hal-hal berkaitan pemasaran, kewangan, pentadbiran dan pemasaran. Syarikat ini diketuai pengarah urusan, Muhammad Taqiyyudin bin Mazlan merangkap Pengerusi Persatuan Usahawan Musa 2013. Semoga syarikat D'One Stop Centre terus maju dan menempa nama di persada kebangsaan setanding dengan PUM lain seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment