Bahawa kami seluruh ahli dan pihak pengurusan Syarikat D’ONE
STOP CENTRE SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU SEKOLAH BERPRESTASI
TINGGI berjanji bahawa :
1. Menjalankan tanggungjawab sosial dan berbisnes mengikut panduan Al-Quran dan As-sunnah sebagai salah satu agenda syarikat.
2. Kami berpegang kepada prinsip 'pelanggan adalah raja'. Oleh yang demikian, kami akan sedaya upaya memastikan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, barang serta produk yang kami sediakan.
3. Mengamalkan sikap mesra, amanah serta beretika tinggi semasa berurusan dengan para pelanggan.
4. Semua pelanggan akan dilayan dan perkhidmatan yang sama rata.
5. Mengurangkan waktu menunggu terutamanya untuk mendapatkan sesuatu barangan serta perkhidmatan.
6. Bersedia menerima teguran, cadangan serta kritikan dari pelbagai pihak demi kebaikan bersama.
7. Tidak mengabaikan aspek kualiti dalam setiap perkhidmatan dan produk.
8. Menawarkan harga yang kompetitif dan tidak membebankan pelanggan.
9. Harga yang ditawarkan adalah fleksibel bergantung kepada harga pasaran semasa dan global.
10. Kami akan sentiasa memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan yang kami hargai.
No comments:
Post a Comment